nasi kawah dewan selera

Sahur aku kini adalah refleksi 
Dulu,
berdenting tray apabila terkena palang besi
susut selera makan ;
melihat wajah makcik ds yang seakan letih tak bermaya
pakailah Loreal Night makcik; kasi segar hilang kedut.
menuju ke meja makan yang masih berbau kuah lemak mlm semalam
berbekas kecoklatan air milo mereka yang sebelumnya
terasa loya di tekak
aku telankan juga nasi kawah
berlaukkan udang yang masih bertaik dan sayur berencah pasir.

Kini,
setiap pagi janjinya
milo dan roti
andai bertuah, nasi di bazar ramadhan tahan ke pagi
kenyang juga walau tiada nasi kawah seperti biasanya
merindui suasana di pagi hari
dalam perut terasa sebu
digagahkan badan untuk bermesra dengan air shower yang sejuk
mengantuk..
boleh tertidur sambil mengosok gigi

Kemudian/future
MASIH dalam bentuk tanda tanya
insyaallah bertambah baik
aku optimistik

*Terima kasih pada MakCik DS yang selama ni hidang nasi untuk aku setiap kali sahur.

Fahami motif aku

dakah aku yang terasa?
kau bukan gadis yang sama
mengapa kini kau sebatu jauhnya
walau kau di depan mata
aku semakin terasa
aku tidak lagi mendengar cerita
bukan yang pertama kau menjerit tawa

bersua muka
tapi kontang bicara
aku terasa bakal ditinggalkan
bakal dipinggirkan
aku bukan pendengarmu lagi 
apatah teman menangis berduka

mungkin bongkak bertopeng
ibarat patung bertali tangsi
aku plastik
emosi..
motif aku negatif
terasa kau enggan berbuat apa

PIMPIN lah aku sekali ini
aku letih di hadapan 
aku ingin bertukat posisi
menjadi penyorak di belakang baris
bukan mereka di baris awal bersuara lantang..

kau ambil alihlah tugas..


ada perkara kau enggan perkata
dan aku kekal dalam kekeliruan..
seperti saja sahabat yang lain nya..

Flashback Memori Petanda Tidak Menerima Realiti?

Gemar aku menyelak helaian blogpost kalian yang serba meriah dengan keindahan bahasa.Cantik belaka. Aku terkesan akan seorang ini, gemar sungguh mencoret kisah-kisah lamanya, sehingga membuatkan si asing sekalipun terikut ingin mengetahui apa perihal selanjutnya. Menarik. Bijaksana cara penulis mengatur kata, aku turut sama menjadi peserta yang mengikuti alunan aliran yang dibawanya. Terikut akan arus. Maka aku, mengoogle segala video yang berkisar memori lamaku. Didengar dan dihayati. Aku terangguk-angguk mengikut dentuman speaker di gegendang. Aku Fikir. Adakah penulis tersebut menulis disebabkan rasa cinta terhadap memorinya atau sememangnya dia sukar melepaskan yang sudah lama berlalu. Kasihan. Aku tumpang simpati andai benar hipotesisku ini. Aku sendiri sebagai pemikir; kenangan itu harus disimpan kemas, namun andai terlalu kerap dicari, dikembur keluar dari rak-rak simpanan, atas izin tuhan, pastinya akan berseleraklah fikiran si anu dan si polan tersebut. Yang lepas, baik dibiarkan. Bisa Dingati. Tetapi bukan diulang main hingga menyesakkan dada dan menganggugugat kewarasan pertimbangan. Hidup Diteruskan. Yang sudah 'bersemadi' tinggalkan lah ia, sesuatu sedang menunggumu di pintu masa hadapan. Raikannnya. Bimbang saja kau terlepas yang baik dan hebat tatkala terlalu khayal melayan rakaman maya di dalam minda yang celaru

The grunge.

Minggu Destini Siswa, tamat akhirnya. Penat rasanya terduduk di bawah khemah putih, terperap bersama.Buang masa. Motif utama masih tidak diketahui. Sekadar mendengar amanat, dan mentaati prosedur-prosedur etika majlis formal untuk tetamu yang secara nyata tidak wujud di bumi Lendu yang permai ini. Ditambah dengan rondaan pembantu beseluar ketat, tshirt ibarat hidup segan mati tak mau menutup bahagian yang perlu. Mata aku terseksa,kasihan. Mulut mereka dibasahi ucap 'shushh!' berulang kali, terjuih-juih bibir mereka. Sudah menjadi tugas, mengawal keadaan. Ada yang sangat mendapat perhatianku, terutamanya seorang mahluk Allah yang nampaknya sangat memerlukan tajaan daripada London Weight Management, ubat hormon bagi kawalan perasaan daripada Doktor Pakar, dan celotape tebal berwarna merah dari kedai runcit Ah Chong. Hormat orang yang lebih tua, polisi yang aku pegang,maka aku berusaha mengawal diri dan patuh. Kalau aku rebel, aku bakal ditimpa wrestler Rikishi versi UiTM, tersepit tak bernyawa,adeyh~. Pesananku, hormatilah orang lain andai kau mahu orang menghormatimu. Ibarat otak sebesar kacang dal, kau malah berfikir (andai dia berfikir,sepertinya tidak..) dan memilih untuk menyuburkan rasa benci dalam hati, dengan segala fitnah dan cerita dongeng. Siapa di dalam dunia ini membaling rezeki, walau sekadar gula-gula 10sen ke lantai? sungguh tidak bermoral. Tuhan maha kaya, akhirnya kami rakan sebaya bercerita, ternyata kau guna cerita yang pi mai pi mai samaa juga. Kekeringan idea kah minda kreatif itu? Aku doakan beroleh beroleh inspirasi, agar destinimu tidak tamat di balik meja penerbitan mengejar si artis murahan, mewujudkan cerita kontroversi sambil mejerit,meludah 'terjah!' 'terjah!' dan 'terjah'. Jangan kau akhirnya terjatuh atas air ludahan mu sendiri. Maruah manusia darjat yang tinggi, jangan kau sewenangnya menjatuhkan air muka. Berfikirlah kamu mahluk berkaki dua berlubang 7. Maaf itu bermakana, sekali diluah harus mengubat luka. Jangan salah guna. Detik itu, buat pertama kalinya, aku mencerci kata itu, kerana ia tidak ikhlas dan penuh penipuan yang keji. Walau Pemimpin Agung kita sekalipun berdakwah dengan sepenuh adab dan tata cara, apatah lagi kita yang masih lagi mentah dan penuh kepincangan (baik yang nyata dan tersembunyi). Ingin sahaja aku bangkit menjadi Pembangkang Utama, mencelah dengan izin laluan yang berbaur hancing, tetapi aku memilih berdiam, dan menyimpan. Polisi menghormati. Bersabar,syukur pada Tuhan. Oleh kerana malam itu kamu, ya mereka melayan sebegitu rupa, lupakan segala salam hormat mendoakan kesejahteraan; tidak akan satu kau terima daripada aku. Kau tidak layak, kau dasar manusia kejam. Kau tidak lain tidak bukan hanya seketul daging bernyawa. 
akhir sekali..



I fucking hate you bloody morons.