Bersih kuasa DUA

Rumahku syurgaku
Walau disebalik almari jati yang mewah 
Disisi takar-takar minyak mentah yang melimpah 
ada kepincangan yang disengajakan
Kini rumah ini ingin dibersihkan


Daki yang kotor itu ingin disental sekerasnya
sewajarnya dihapuskan segera
dengan dua berus bermata sembilu, berwarna kuning
tangan coklat juga sawo matang berhempas pulas
hairan juga putih langsat putih kemerahan tidak kelihatan
barangkali kepenatan bertandang ke rumah jiran sebelah
meminta simpati menjaja cerita dongeng
ada benarnya merancang jalan keluar apabila rumah sendiri tidak aman lagi


Operasi membersih ini masih giat dijalankan
ayuhlah bergotong royong membersih sambil besorak sorai
bemandikan asap bakar sampah yang perit
alangkah indahnya apabila yang dibakar itu maruah sendiri
selagi tikus belum puas membaiki labu
selagi itulah sudah terhantuk baru mahu terngadah



Post a Comment