The grunge.

Minggu Destini Siswa, tamat akhirnya. Penat rasanya terduduk di bawah khemah putih, terperap bersama.Buang masa. Motif utama masih tidak diketahui. Sekadar mendengar amanat, dan mentaati prosedur-prosedur etika majlis formal untuk tetamu yang secara nyata tidak wujud di bumi Lendu yang permai ini. Ditambah dengan rondaan pembantu beseluar ketat, tshirt ibarat hidup segan mati tak mau menutup bahagian yang perlu. Mata aku terseksa,kasihan. Mulut mereka dibasahi ucap 'shushh!' berulang kali, terjuih-juih bibir mereka. Sudah menjadi tugas, mengawal keadaan. Ada yang sangat mendapat perhatianku, terutamanya seorang mahluk Allah yang nampaknya sangat memerlukan tajaan daripada London Weight Management, ubat hormon bagi kawalan perasaan daripada Doktor Pakar, dan celotape tebal berwarna merah dari kedai runcit Ah Chong. Hormat orang yang lebih tua, polisi yang aku pegang,maka aku berusaha mengawal diri dan patuh. Kalau aku rebel, aku bakal ditimpa wrestler Rikishi versi UiTM, tersepit tak bernyawa,adeyh~. Pesananku, hormatilah orang lain andai kau mahu orang menghormatimu. Ibarat otak sebesar kacang dal, kau malah berfikir (andai dia berfikir,sepertinya tidak..) dan memilih untuk menyuburkan rasa benci dalam hati, dengan segala fitnah dan cerita dongeng. Siapa di dalam dunia ini membaling rezeki, walau sekadar gula-gula 10sen ke lantai? sungguh tidak bermoral. Tuhan maha kaya, akhirnya kami rakan sebaya bercerita, ternyata kau guna cerita yang pi mai pi mai samaa juga. Kekeringan idea kah minda kreatif itu? Aku doakan beroleh beroleh inspirasi, agar destinimu tidak tamat di balik meja penerbitan mengejar si artis murahan, mewujudkan cerita kontroversi sambil mejerit,meludah 'terjah!' 'terjah!' dan 'terjah'. Jangan kau akhirnya terjatuh atas air ludahan mu sendiri. Maruah manusia darjat yang tinggi, jangan kau sewenangnya menjatuhkan air muka. Berfikirlah kamu mahluk berkaki dua berlubang 7. Maaf itu bermakana, sekali diluah harus mengubat luka. Jangan salah guna. Detik itu, buat pertama kalinya, aku mencerci kata itu, kerana ia tidak ikhlas dan penuh penipuan yang keji. Walau Pemimpin Agung kita sekalipun berdakwah dengan sepenuh adab dan tata cara, apatah lagi kita yang masih lagi mentah dan penuh kepincangan (baik yang nyata dan tersembunyi). Ingin sahaja aku bangkit menjadi Pembangkang Utama, mencelah dengan izin laluan yang berbaur hancing, tetapi aku memilih berdiam, dan menyimpan. Polisi menghormati. Bersabar,syukur pada Tuhan. Oleh kerana malam itu kamu, ya mereka melayan sebegitu rupa, lupakan segala salam hormat mendoakan kesejahteraan; tidak akan satu kau terima daripada aku. Kau tidak layak, kau dasar manusia kejam. Kau tidak lain tidak bukan hanya seketul daging bernyawa. 
akhir sekali..



I fucking hate you bloody morons.

1 comment

Aesthetic Introvert 11 July 2011 at 10:55

pretty satisfying...

Post a Comment