beban

aku bebanmu


aku punca hidupmu terhalang dalam ragam cara


kau mahukan aku begitu


aku jadi begini


lihat diriku 


K E G A G A L A N


K E K E C E W A A N


aku bukan anak yang kau pohon dalam tangismu pada Ilahi


maaf aku buruk segala


kau mahukan 9 ku berikan 5


kau mahukan 8 ku berikan 7


kau mahukan kot putih berserta pangkat Doktor


sebaliknya ku hulurkan bahasa


dalam rencam perkara


kau terpaksa merelakan


TERPAKSA IKHLAS BERKORBAN


aku punca kau terhalang kemahuanmu


aku pengikis hartamu


aku penghadang sialan kepada kebebasanmu


keringat yang membuahkan laba


ibarat semilir yang berlalu


kau tidak merasa apa


kerana kau


TERPAKSA IKHLAS BERKORBAN


untuk diriku dan dia dan Dia

hentikanlah ini


dan bersemukalah 


masa kau bersuara, 


rungkai kesulitannya


hentikanlah ini


agar hatiku tidak bergolak apabila masa memerlukan aku 


kembali sebumbung denganmu


untuk

menjadi bebanmu

Post a Comment