Durjana yang berjaya

'' Dalam haruk pikuk tempik jeritan gila
dia berjaya juga menyelit sembunyi ''

pemerhati badan bebas, tanpa ikatan
melihat sambil mepukkan telapak ke pundak
Saling bertikam berbekalkan mulut-mulut si lancang
lidah terjelir-jelir
meludah ke langit
menuding jari tengah ke sana sini
SALAH KAU KAU KAU
KAMU! DIA! MEREKA!
kau bertindak menutup matamu
ibarat menyuruh orang buta lagi tempang berjalan 
tongkat dicampakkan - dia ditolak ke perigi buta

dia pasti sahaja tersengih
'alahai si bodoh'
yang dipertahan adalah si hina penzina
yang layaknya direjam biar diseksa
siapa itu dia?
LELAKI itu.

LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK
di mana kedudukanmu?

Post a Comment