Kotak Besi,Pemain Utama dan Item

Lincah dia bermain, disepak ke kanan dan ke kiri, seronok dia menikmati permainan. Semua nampak lancar, dia menyepak lagi sehingga dia puas. SEPAK! SEPAK! DAPAT KEMBALI! SEPAK SEMULA. Dia bergelak tawa petanda suka, amboi bodohnya pemain lain. Masih bugar di ingatan yang dia pernah membisikkan sesuatu padanya, 'tunggu aku'  tapi terpaksa kau duduk diam dahulu. Aku simpan kau dalam simpanan aku, bukan tak hendakkan kau, tapi aku lebih suka istilah 'save the best for last'. Kau kena sabar menunggu kalau hendak berada dalam permainan aku. Dia menutup almari serupa peti kebal tersebut, bisikan nafas harapan itu sahaja yang ditinggalkannya; pasti Item tersebut tersedak, merana, termengah mengah mahu menghirup udara yang terhad. Carbon dioksida yang dilepaskan tambah panas . Pemain meninggalkanya sendiri, dia enggan melepaskan juga enggan memegangnya. Satu rahsia cukup berat, sambil tersenyum sinis.. kalau terbongkar ;aku bakal ditelan rasa bersalah yang gila bagai neraka. Yang sedang rancak disepak itu seenaknya dimanfaat, terkadangkala dia menjeguk juga peti kebalnya, namun hanya seketika; malah dia memekakkan telinga tatkala peti tersebut BISING diketuk kuat dari bahagian dalam. Lantak kau, aku sedang bermain kau tak lihat- kau pun sedar hakikat tersebut bukan? ah, kau yang rela.'Hahaha', bergema gelak tawa kejam. Bagai tidak percaya 'kill two birds with one stone' apa lagi yang dia mahu. Memang pemain perlu tamak haloba, mana mungkin laba yang datang bergolek dibiarkan telepas begitu sahaja. Keadaan semakin rumit ketika permainan seperti sudah mampu dikesan hidung anjing durjana. Sialan, aku susah mahu menyimpan malah kau mahu merungkai ikatan yang sudah aku simpul mati. Dia semakin dihimpit rasa serba salah, Item semakin terbiar, suasana semakin sepi dan musim sejuk beransur kembali ke kotak besi.Tulang keras membeku, pertalian rapuh dan fragil laksananya. Dia diam. Pemain Utama dapat merasa dinginnya permainan, dia semakin sukar bergerak , terasa kakinya kini sudah ditambat ibarat binatang sembelihan. Bagai terperangkap dalam permainan sendiri, pergerakkannya terbatas. Bisik dahulu berulang secara automatis, bagaimana caranya untuk dia kembali kepada Item? Sesal, dia dahulu terlalu cepat membisik, patut ditahan dahulu. SUDAH TERLAMBAT! Kini pemain semakin terjerat,dia punya rasa tapi pastinya KOSONG. Dia sendiri tidak pasti akan tindak tanduknya lagi. Kegilaan membahang, dia masih juga mencuba untuk bermain, terkadangkala bagai menyerupai cosplay, dia menjadi pemain lain berbeda perwatakan. Masa belum tamat, tiada butang pause atau replay, pemain teruskan berlari hingga ke hujung matahari terbenam. 

Post a Comment