Locked doors

2 Kali ia hadir, aku tolak dengan cara yang sebaiknya. Telah kuterima, aku menepisnya kembali ; kewajaran aku masih belum bersedia. Masakan tidak, Cinta pada yang Esa aku tidak termampu, apatah memberi ruang untuk sekelumit kasih yang berbaur dosa. Indah itu pasti, enaknya bertahan hingga seketika, tetapi hujan di pagi hari tidak membawa sejuk ke ufuk senja, ribut yang aku cipta sendiri, aku tiup halus ke tepi. Masih berbaki, tidak aku nafikan ; perit ingin kembali berpijak dengan kakiku yang kini sedikit tempang, telinga yang semakin pekak, dan mata yang berkabus. Jalanku sedikit goyah, maka aku berpegang pada tongkat buat tempoh seketika. Ku punya tongkat jati, namun aku menyakitkan diri dengan memburu tongkat rotan yang mentah - masih di belantara. Aku mencari nahas, maka aku berpatah balik tatkala aku sudah 'terlihatkan' ia di satu dahan yang rendang. Kalau ku paut, dan mencengkam kemas ternyata ia milikku jua. Ketahui lah kau kau serupa persinggahan sang enggang menumpang teduh - sepurnama sudah menghilanglah ia. Satu cereka aku cipta sendiri bagi mengubat parah yang masih berasa (walau sudah sekian lama). Sudah keputusan ku di awal cerita dahulu, aku ingin terawang sahaja di udara, teladan mengajar agar tidak terikat pada usia yang muda. Kini kebodohan nafsu sialan berkepala 9 mengajak aku kembali, hampir sahaja aku jatuh ke dakapan kegilaanku. Terima kasih Tuhan, kau menghalangku ketika putik itu belum sempat berkembang mekar. Sudah puas aku mengulang dengar lagu sengsara, bingit di gegedang, perit di tekak laksana menelan pasiran kesat - tidak lagi. Dan kau, kau memang gula - meneguk kau setiap hari, bikin aku sedikit ketagih dan terbukti ada yang enggan melepaskan engkau tatkala ini. Simpati dan berkabunglah aku tatkla teater hidupmu berlangsung - tutup lampu neon itu. Aku bukan peminat cereka kamu lagi, gampang.

Post a Comment